Ayam Paprik

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar liquid aminos
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris kasar)
  • Sedikit air
  • Sayuran (bunga kubis dan kacang panjang)

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan potongan ayam dan kacau rata selama 2-3 minit menggunakan api yang besar.
  3. Masukkan liquid aminos, serai, cili api, dan sedikit air. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan bawang besar. Kacau sebentar, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips Masakan

  • Gunakan liquid aminos sebagai pengganti kicap yang mesra keto.
  • Elakkan memasak sayur terlalu lama. Masukkan pada peringkat akhir supaya kekal rangup.
  • Boleh tambahkan sedikit pemanis stevia jika mahukan rasa sedikit manis.
  • Enak dinikmati ketika panas bersama nasi bunga kobis (cauliflower rice).

Scroll to Top