Ayam Goreng Kunyit

BAHAN-BAHAN

  • 300g dada ayam
  • 4 batang kacang panjang (dipotong 2 inci)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)

CARA PENYEDIAAN

  1. Potong dada ayam kepada ketulan kecil. Gaul rata bersama serbuk kunyit dan sedikit garam Himalaya. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam menggunakan api yang besar. Kacau dengan kerap supaya ayam tidak menjadi keras atau hangus. Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
  3. Apabila ayam hampir masak, masukkan hirisan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Perasakan secukup rasa. Kacau sebentar selama kira-kira 1 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips Masakan

  • Gunakan api besar untuk mendapatkan tekstur ayam yang lebih rangup.
  • Elakkan memasak kacang panjang terlalu lama untuk mengekalkan tekstur yang rangup.
  • Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi bunga kobis (cauliflower rice) untuk hidangan keto.

Scroll to Top