TOPIK 2: Makan Lemak, Bakar Lemak

Apakah Itu Diet Ketogenik (Keto)?

Secara ringkasnya, diet ketogenik merupakan sejenis amalan pemakanan yang mengutamakan pengambilan rendah karbohidrat namun sangat tinggi lemak bagi membantu anda menurunkan berat badan.

Konsep pengambilan lemak untuk membakar lemak mungkin kedengaran janggal, namun kajian saintifik telah membuktikannya. Selain itu, terdapat pelbagai faedah dan manfaat lain untuk kesihatan tubuh badan kita.

Konsep Asas: Makan lemak yang sihat untuk membakar lemak di dalam badan!


Manfaat Diet Ketogenik

Sebelum kita mempelajari kaedah pelaksanaannya, mari kita teliti mengapa diet keto ini sangat berkesan:

Untuk Berat Badan & Metabolisme:

  • Penurunan berat badan yang konsisten – Tiada kesan turun naik yang mendadak.
  • Pengurangan kadar gula dalam darah dan insulin.
  • Membantu memulihkan rintangan insulin – Mengurangkan risiko diabetes.

Untuk Kesihatan Jantung & Otak:

  • Peningkatan fungsi kognitif – Minda menjadi lebih tajam.
  • Tahap kesihatan jantung meningkat.
  • Mengurangkan risiko strok.

Manfaat Tambahan:

  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Membantu merawat jenis kanser tertentu (berdasarkan kajian terkini).

Bagaimana Diet Keto Berfungsi?

Langkah 1: Kurangkan Karbohidrat

Apabila kita mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat, tubuh badan akan kekurangan glukosa (gula) untuk dijadikan sumber tenaga.

Langkah 2: Badan Memasuki Fasa Ketosis

Susulan pengurangan karbohidrat yang ketara, tubuh kita akan melalui satu proses biologi normal yang dikenali sebagai KETOSIS.

Apakah Itu Ketosis?

Ketosis adalah keadaan metabolik di mana lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga.

Apabila berada dalam fasa ketosis, badan akan:

  • Membakar lemak untuk tenaga (bukan lagi bergantung pada gula).
  • Menghasilkan KETON daripada lemak.
  • Menggunakan keton sebagai bahan bakar utama.

Langkah 3: Bakar Lemak untuk Tenaga

Diet keto memaksa tubuh kita membakar lemak untuk dijadikan sumber tenaga utama bagi menggantikan karbohidrat. Oleh itu, tidak mengherankan jika ia mampu membantu menurunkan berat badan sehingga mencapai tahap ideal.

Berlaku penurunan drastik dalam kadar insulin serta perubahan metabolisme kita, menjadikan badan lebih mudah untuk membakar lemak.

Fakta Menarik tentang Otak & Ketosis

Otak manusia secara normalnya tidak dapat menggunakan lemak secara terus untuk tenaga, tetapi ia mampu menggunakan keton daripada hati apabila asid lemak dan glukosa berada pada tahap rendah.

Inilah sebabnya apabila dalam keadaan ketosis, otak kita menjadi lebih cerdas dan fokus!


Bagaimana Melaksanakan Diet Keto?

Formula Ketogenik Diet (WAJIB DIPATUHI!)

Peratus Pengambilan Diet Keto:

75% LEMAK

20% PROTEIN

5% KARBOHIDRAT

Pengiraan Gram Sehari (Pengambilan Harian)

Untuk hasil terbaik, sila ikuti panduan berikut:

  • Karbohidrat: 25-50 gram/hari SAHAJA
  • Protein: 70-100 gram/hari (mengikut berat badan)
  • Lemak: 130-150 gram/hari (PALING BANYAK!)

Bagaimana Mengetahui Anda Telah Mencapai Ketosis?

Cara 1: Uji Dengan Jalur Keton (Keton Strip)

Anda harus mengukur tahap ketosis dengan menggunakan jalur keton melalui ujian air kencing.

Boleh didapati di farmasi berdekatan anda.

Cara 2: Perhatikan Tanda-tanda Ketosis

Apabila badan sudah memasuki fasa ketosis, anda akan merasakan:

  • Bau mulut/nafas manis (keton breath) – Ini adalah perkara biasa.
  • Kurang lapar – Keinginan untuk makan berkurang.
  • Tenaga meningkat – Rasa lebih bertenaga.
  • Kejelasan mental – Fikiran lebih jelas & fokus.
  • Jalur keton bertukar warna (merah jambu/ungu).

Kesimpulan: Makan Lemak, Bakar Lemak

Rumusan Kejayaan Diet Keto

  1. LANGKAH 1: Makan mengikut nisbah – 75% lemak, 20% protein, 5% karbohidrat.
  2. LANGKAH 2: Badan kekurangan glukosa dan mula mencari sumber tenaga lain.
  3. LANGKAH 3: Tubuh memasuki fasa KETOSIS (2-7 hari).
  4. LANGKAH 4: Badan membakar lemak untuk tenaga = Kurus!
  5. LANGKAH 5: Uji dengan jalur keton untuk mengesahkan ketosis.

Ingat: Keto bukan sekadar diet biasa!

Ia mengubah cara badan menggunakan tenaga – daripada Sugar Burner menjadi Fat Burner!


Langkah Tindakan

  1. Lakukan If bersama diet keto untuk kesan maksimum.
  2. Anda boleh rujuk topik resepi pada bahagian dashboard untuk rujukkan menu keto

description Nota Pembelajaran

Scroll to Top